9.02.2010

Biar Berpada.

Benda yang kita takda,atau yang sukar kita dapat,yang jadi idaman ramai,kenapa itu yang kita mahukan sangat?Bila dah dapat,kita jadi puas hati,dan mula untuk lupakan.Soalan tu yang paling banyak keluar dalam otak aku.

Contohnya,sepasang kasut design baru saja keluar,aku mengidam macam mak mengandung nak beli.Tapi bila dah dapat,kasut koyak lama juga aku pakai.Kadang kadang,mamat kaya tu dah ada kereta sebiji.Lupa nak kata,dia masih bujang,dan dia kaya atas titik peluh sendiri.Mungkin MLM.Kemudian keluar satu kereta yang sangat cantik,dan jadi idaman ramai.Dan mamat tu pun kerja keras beberapa bulan,semak baki dalam akaun bank dia,cukup untuk down-payment.Terus pergi showroom,booking sebiji bawa balik.Tapi,untuk pergi ke office,dia tetap guna kereta lamanya.Kereta baru buat ngorat awek saja.

Mungkin kalau dari segi barang atau benda,tak menjadi masalah yang besar.Yang aku fikirkan,kalau benda itu,kita tukarkan kepada manusia.Barang tiada perasaan,jadi dia takkan terasa.Lain lah kalau dalam autobiografi tahap 1 sekolah rendah,selagi ada benda semua ada perasaan.Manusia,semua ada perasaan.Orang yang aku kenal yang tak punya mimik muka pun,punya perasaan.Jadi aku terbayang,apa akan jadi kalau barang itu,kereta itu,kasut itu,aku tukarkan jadi manusia.Manusia yang berperasaan.

Kita idamkan dia,mimpi tentang dia,mengelamun keluar muka dia,sebelum kita dapat betul betul dapat dia.Tapi,bila dah ada di atas tapak tangan,kita biarkan saja dia bergolek.

Aku tak mahu kecilkan tentang ini kepada pasangan kekasih.Dia mungkin juga termasuk kepada pasangan suami isteri mahukan anak,tetapi anak itu tiba tiba dibuang,atau sudah besar sikit,didera.Mungkin juga seorang anak yatim berjiwa memberontak,pada awalnya mahukan keluarga,namun bila sudah di ambil sebagai anak angkat,segalanya yang dilakukan keluarga itu salah.

Jadi aku cuba nasihatkan diri aku sendiri,jangan terlalu keras usaha itu.Usaha lebih,tapi jangan terlampau keras.Ini bukan masa hadapan.Ini mungkin cuma untuk sekarang,dan dalam tempoh yang tak berapa lama dari sekarang,atau sekejap saja.Itu yang selalu aku katakan kepada diri aku.Supaya aku tidak terus menerus,menusuk orang.Lagi sekali aku kata,ini bukan saja dalam konteks pasangan bercinta,tapi mungkin juga sahabat,keluarga,rakan kongsi dan apa saja relationship.

No comments:

Post a Comment