"ek eleh,standard la DOWH,KELLABB". ayat yang kini hampir jadi tagline member member aku.mana datang ayat ni?cerita BOHSIA JANGAN PILIH JALAN HITAM .ok,di sini aku ingin mengeluarkan buah fikiran aku tentang filem yang menayangkan kisah hidup sebenar remaja remaja malaysia terutamanya kaum melayu.pada aku,filem yang menunjukkan sifat sebenar remaja melayu yang menjadi harapan bangsa dan negara ini,memang sepatutnya ditayangkan dan mungkin diperbanyakkan.tetapi,di sini ada sesuatu yang kurang menyenangkan aku tentang filem sebegini.mereka lebih cenderung ke arah musuh utama masalah sosial negara ini iaitu golongan mat rempit.pada pengamatan aku yang kurang berpengalaman ni,golongan mat rempit ini semakin menjadi-jadi kegilaan mereka ialah selepas filem KL MENJERIT, filem pertama yang berkisarkan tentang kelompok mat rempit ini.semenjak filem itu ditayangkan,mereka lebih berani.sehingga lah keluarnya filem REMP-IT, golongan mat rempit ini semakin menjadi-jadi.mereka menjadi semakin liar dan menggila babi.mereka merasakan yang merupakan yang paling bergaya kerana hampir smua syarikat penerbitan filem memberi liputan kepada mereka dan bukan pada community yang lain.dan kerana perasaan itu,mereka ingin buat something yang bole menarik lagi perhatian warga malaysia.mereka ini smua sebenarnya kekurangan perhatian dan mereka inginkan perhatian.tetapi sepatutnya perhatian itu diberi dengan cara lain.sebagai seorang remaja,aku terfikir smua pembikin filem mengurangkan cerita tentang mat mat moto atau mat mat rempit.bukan utntuk menghalang pembikin filem berkarya,tetapi kurangkan memaparkan kisah mat rempit supaya mereka kurang rasa terlampau bangga hingga mereka membuat sesuatu yang luar jangkaan.
okeyh,give me 5!
4.28.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment