4.04.2011

Malas.

Hello.Dah lama tak menulis di sini.Mungkin kerana sibuk dengan hal duniawi.Biasalah,pemuda.Kebelakangan ini juga aku tidak banyak buat pemerhatian untuk di jadikan topik dekat sini.Aku banyak membuat pemerhatian dalam hal makanan.Dan aku takkan pernah teruskan niat aku untuk menulis tentang makanan kerana itu akan membuatkan aku lapar.Dan itu membawa kepada kegagalan dalam cubaan aku untuk turunkan berat badan.Aku juga kurang membaca blog.Malas adalah sebab utama.Nak buat macam mana,orang Melayu kan.Dah memang dalam darah.

Aku juga lebih banyak membincangkan hal hal di twitter.Mungkin kerana topik dan idea yang aku ada itu,tak perlu banyak huraian,jadi ia cukup untuk di tulis di twitter yang ruangnya terhad itu.Okay itu aku tipu.Aku malas nak hurai sebenarnya.

Dan sampai bila bila pun,mungkin itu masalah utama aku.Musuh utama selain Syaitan yang aku cuba tentang sampai ke hujung nyawa.Doakan aku berjaya dengan warna terbang.

2.02.2011

Tong cha.

Chris/Jon Chu dengan Julian Harmon follow aku balik dekat twitter? Gila ni gila gila.

Oh ya,selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya.Terutamanya,awak. :)

12.31.2010

Apa yang baru?

So,kita dah masuk tahun baru.Apa yang beza dengan 2010,aku tak nampak lagi.Mungkin sebab baru beberapa minit masuk tahun baru (ketika entri ini sedang di tulis).Tapi aku harap,ada la beza.Seperti makwe makwe kiri kanan tiba tiba hi 5 aku sebab dia rasa aku macam Johnny Depp.Okay ini takkan terjadi.

Azam tahun baru?Aku takda.Aku kurang percaya kepada azam tahun baru.Kerana beberapa tahun sebelum ini,azam aku tak pernah tercapai.Jadi dengan itu aku malas mahu tetapkan azam tahun baru.Azam aku tak ikut tahun,ikut hati saja.Cukup lah kan?Janji ada azam.

Semoga,tahun masihi yang baru ini akan membawa kebaikan kepada kita semua.

12.14.2010

Batu.

Okay,bukan senang nak berhenti secara tiba-tiba dari membuat rutin harian.Macam hari hari kau berak,tiba-tiba 2 minggu kau berhenti berak dengan secara drastik.Mau tak meletup perut.Kerja gila ni.

Dan kerana aku tak suka buat kerja gila seperti berhenti membuat rutin harian(melainkan kerja gila tu seronok dan boleh dibuat sekali sekala sahaja),jadi aku pun jadi macam kera sebab aku dah jadi restless.Mungkin bukan kera,mungkin macam,ah apa apa lah yang nampak restless.

Ya,aku sangat restless.Walaupun rutin itu hanya bermula lebih kurang 8-9 bulan lepas,aku masih jadi restless.Macam haram.Hari hari buat,tiba-tiba berhenti sebab kurang kerjasama.Nak buat macam mana.

Tapi takpa.Bukan sengaja takda kerjasama.Untuk masa depan.Aku faham.Dan aku harap tak lama.Untuk masa ni,aku dengan rasminya,jadi seketul batu.

11.18.2010

Suku pertama 2011.

Setakat ini,suku pertama 2011,telah diramalkan bahawa aku akan melalui zaman pokai tak tentu hala tetapi puas dan seronok berjala jala.Harap harap begitu la.

MGMT,Beach House,Foals,Temper Trap,Deerhunter.Gila apa kau kalau kau tak tengok.Takpa,ikat perut.Kurus sikit insyaAllah.

11.12.2010

WWF



Aku rasa,aku dah terpengaruh dengan wrestling semula.Ya,terutamanya dengan Big Show.Sebab sekarang,aku tengok tengok balik dekat cermin,aku dah ada rupa mamat tu masa zaman game Playstation 1 WWF Smackdown.Tinggal bulu dada aku takda.Kalau ada pun aku dah siat guna pelekat lalat tu.

Sekarang ni,aku nak cari contact number brader steamroll.Minta minta dia nak la tolong aku.

11.08.2010

Uji.



Yes.Yes.Yes. :)