12.14.2010

Batu.

Okay,bukan senang nak berhenti secara tiba-tiba dari membuat rutin harian.Macam hari hari kau berak,tiba-tiba 2 minggu kau berhenti berak dengan secara drastik.Mau tak meletup perut.Kerja gila ni.

Dan kerana aku tak suka buat kerja gila seperti berhenti membuat rutin harian(melainkan kerja gila tu seronok dan boleh dibuat sekali sekala sahaja),jadi aku pun jadi macam kera sebab aku dah jadi restless.Mungkin bukan kera,mungkin macam,ah apa apa lah yang nampak restless.

Ya,aku sangat restless.Walaupun rutin itu hanya bermula lebih kurang 8-9 bulan lepas,aku masih jadi restless.Macam haram.Hari hari buat,tiba-tiba berhenti sebab kurang kerjasama.Nak buat macam mana.

Tapi takpa.Bukan sengaja takda kerjasama.Untuk masa depan.Aku faham.Dan aku harap tak lama.Untuk masa ni,aku dengan rasminya,jadi seketul batu.

1 comment: