9.02.2009

hari hijau

minoriti.mengikut kamus dewan edisi ketiga(ya,saya menyedari telah ada edisi yang lebih terkini,tetapi ini sahaja yang ada di dalam bilik saya nan usang ini) bermaksud golongan kecil orang yang sama keturunan,agama,budaya,dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang kebanyakannya berlainan agama budaya dan sebagainya.ataupun dari segi bahasa pasar ataupun bahasa senang ialah kumpulan manusia yang sangat sedikit bilangannya.menjadi golongan minoriti bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.ia lebih kepada membuatkan diri pelik.cuba bayangkan anda tidak berkelakuan malah tidak berpakaian pelik di pagi hari tetapi sekeliling anda merenung anda seperti anda membawa baldi dan gayung serta ubat gigi yang tinggal sedikit ketika menaiki lift.pastinya menimbulkan rasa tidak selesa.tetapi jika anda pandai menggunakan kekurangan anda sebagai minoriti ini,ia sebenarnya akan menjadi kelebihan.ia memungkinkan anda menjadi centre of attraction atau lain lain yang hampir sama.ya itu mungkin.kerana anda sangat unique dan lain dari yang lain.kadang kala mungkin anda akan berasa bangga apabila ada yang berketerampilan menarik dan mempunyai raut wajah yang disenangi memandang ke arah anda.walaupun raut wajah setelah nampak anda agak pelik,tetapi anda tetap patut gembira kerana dia perasan juga kehadiran anda yang tidak seberapa itu.biasalah.setiap perkara ada pros and cons.jadi kita jangan terlalu memandang sisi yang takbaik tetapi lebihkan sisi yang membanggakan.ia akan menaikkan mood anda di pagi hari.

No comments:

Post a Comment