10.04.2009

aku tak suka

ahad,4 october 2009,family aku mengadakan jamuan makan makan hari raya.jadi ramai jugalah saudara mara yang rapat hadir ke rumah.ada yang baru jumpa 2minggu lepas,ada yang hampir 3-4 tahun tidak berjumpa hadir.mereka semua puas hati dengan hidangan yang telah tersedia untuk mereka.aku juga puas tengok mereka yang hadir makan.ada yang melantak seperti raja raja zaman kesultanan melayu melaka bersantap sambil gelak ketawa kerana mengimbau perihal lama.tetapi ada satu hal yang aku taksuka.mereka semua menegur rambut aku yang tidaklah panjang mana ini.semua menegur bak aku ini sedang melakukan jenayah seberat jenayah yang dilakukan oleh botak chin mahupun nordin mat top.wah,apakah salah aku mahu menyimpan rambut persis Robert Plant?tidak bermakna aku berambut panjang aku ini adalah seorang penyangak bertauliah dari Oxford University.aku tidak perlukan comment kamu semua tentang rambut.ya aku faham anda semua lebih tua dari aku dan kamu semua lebih tahu dari aku tetapi,aku tahu apa yang aku lakukan.itu belum lagi yang memberi suggestion menyuruh aku melakukan rebonding.ahh itu sudah melanggar princip aku.jangan cuba sesekali mengubah pemberian-Nya.tetapi apa aku mampu buat.aku hanya mampu tersenyum dan berkata "inilah trademark nak kasi orang kenal."aku malas mahu menonjjolkan sifat rebellious dalam diri ini kerana ia sesuatu yang tidak polite.jadi,aku hanya simpan unutk diri sendiri perasaan itu.lantak kamu lah mahu cakap apa,aku bangga rambut aku ini yang aku akan cuba simpan hingga jadi seperti Tommy Iommi.bersabarlah.dan juga aku takkan membotakkan diri aku seperti Sean Kingston.kenapa keluar nama mamat chubby ini?kerana ada seorang hamba Allah dan dia juga pengikut Rasulullah telah mengatakan aku seperti mamat yang pada aku sedikit annoying itu.terima kasih kerana menyamakan aku dengan seorang superstar. :)

oh ya,letih juga mengemas semalam.nasib baik tiada siapa makan seperti mulut atau perut bocor.semua makan secara polite cuma puntung puntung rokok bertaburan di halaman rumah itu tidak kurang dari 20.

No comments:

Post a Comment