aku terfikir "sial apa aku dah buat ni?" soalan tu selalu muncul dalam otak aku.orang tuatua kata "terlajak perahu boleh undur,terlajak kata bada binasa".aku sokong.jarang aku berasa seperti ini.kebelakangan ini aku mengharapkan budak itu ada untuk "menembak" orang yang sepatutnya "ditembak" untuk aku.apatah lagi selepas peristiwa itu.aku tidak mengharap.cuma mahu.dua tahun bukannya sekejap.mungkin bagi halhal lain ianya rasa amat sekejap.tetapi dalam bab ini.rasanya ianya amat lama.dengan tempoh yang pertama dan terakhir (setakat ini) yang hanya bertahan selama setahun,menanti yang sesuai selama dua tahun bukanlah sebentar.terlalu jauh rasanya aku telah berjalan dalam keadaan begini.kadangkadang bingung,cemburu.tetapi kadangkadang aku berasa bangga dan selesa dengan keadaan ini.tetapi lumrah manusia.inginkan suatu tempat untuk menuang beban ke arah bahagiannya yang sebelah lagi.aku juga begitu.tetapi,aku sentiasa membuat kesilapan apabila memilih medium tersebut.senantiasa ada penghalang.silap pilihan barangkali.aku akan cuba cari yang terbaik.tetapi setiap kali aku jumpa,walaupun aku dapat merasakan yang ianya pilihan yang silap,aku tetap akan cuba menjadikannya pilihan yang terbaik.aku akan tabahkan diri.cuba harungi semua.mujurlah ada kawankawan yang sentiasa menyokong aku dari belakang.itu sudah cukup buat aku kuat.
10.16.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment