"Oh kome,dorian dah berbunge".Lagu nyanyian Os berkumandang.Memang kini musim durian.Seraya itu,ramai warga kota yang menyintai rasa buah itu pulang ke desa untuk menikmati rasa original raja buah itu.Tapi buah durian ini punya magik tersendiri.Apa yang magiknya tentang buah durian ini?
Apit,seorang jejaka yang tinggal Kampung Suri.Apit ini tak sesuai dibuat kawan.Dia ni jenis yang bermulut busuk.Bukan dari segi bau,tetapi mulutnya sentiasa mengata orang.Padanya,dia lah paling sempurna.Orang lain semua salah.Ungkapan favorite beliau ada "kau tengok macam aku ni".Apa-apa saja akan dibandingkan dengan diri beliau,dan akau dimulakan dengan ayat "kau tengok macam aku ni",bukan Bismillah.
Jadi,satu Kampung Suri memang cukup menyampah dengan si Apit.Kalau dia pergi ke kedai kopi Samad,semua akan gelisah.Malas mahu dengar cerita Apit.Semua akan mula sibuk bila mana di Apit datang.Nak halau lembu,nak bagi ikan makan antara berjuta alasan yang diberikan kerana mahu lari dari Apit.Tiba-tiba saja kedai Samad yang tadi full house akan kosong serta merta.
Tapi,orang akan mula merapati Apit bila musim durian tiba.Kenapa?Sebab Apit ada 3 ekar dusun durian dan ada beberapa batang pokok manggis.Orang akan sanggup dengar cerita pom-pam Apit apabila musim durian.
Inilah magiknya durian.
11.13.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment