Cerita ini berdasarkan kisah benar.Namun wataknya ditukar nama demi tidak mengaibkan siapa-siapa.
Ia terjadi di sebuah kampung di Perak,berdekatan dengan pekan Kampar.Pak Mustar,seorang warga tua yang matanya tidak nampak atau boleh dikategorikan dalam golongan buta.Tapi dia ini baik orangnya.Malangya dia sering menjadi bahan usikan remaja kampung.
Ada sekali,seorang remaja kampung bernama Randi mengajaknya pergi ke sebuah rumah kerana kenduri walhal tiada apa sebenarnya.Jadi Randi membawanya pusing di jalan yang sama beberapa kali lalu menghantarnya pulang ke rumah semula.Pak Mustar menyedari dia telah dipermainkan,hanya memarahi Randi dengan penuh hemah.Dia tidak membelasah Randi dengan batang cangkul kerana kurang yakin akan mengenai Randi.
Dia juga pernah diusik ketika disebuah kenduri dengan hanya diberi hanya lauk sambal.Pak Mustar dengan peliknya bertanya,"Mereka ni kenduri sambal ke?"
Pak Mustar berniaga durian.Pada pengamatannya,semua durian beliau sangat cantik dan sedap.Ada satu hari,seorang tauke balak,Freddie datang ingin makan durian di gerai Pak Mustar."Durian ada baik ka boss?"Tanya Freddie inginkan kepastian."Semua durian banyak baik punya".Jawab Pak Mustar penuh yakin.
Jadi Pak Mustar pun mengupas sebiji durian.Walaupun matanya tidak nampak,namun dia sangat hebat mengupas durian.Setalah durian itu dikupas,Freddie dengan tidak semena-menanya terpegun."Wooaaaahhhh!"
Tenang dan confident,Pak Mustar menjawab,"Itulah saya sudah kata,durian ini banyak baik punya!" Dia menyangka Freddie terpegun dengan duriannya."Bukan baik la,wa tak terkekejut pasal dia baik.Tapi ulat banyak besar juga dalam sana!" Kata Freddie,sedikit terkilan.
"Aiyo!Ya ka?Waa ini saya tak tau la.Ini tuhan Allah punya kerja.Saya taktau",jawab Pak Mustar tenang,sambil mengupas durian yang lain.
11.22.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment