12.21.2009

Benda

Sangkaannya meleset.Dia sangka dia boleh dapatkan 'benda itu' dengan semudah mendapatkan tapak kaki dimukanya.Tapi tidak sama sekali.Jauh lebih sukar.Sangat sukar.Oh ya,namanya Nawi.

Dia hampir-hampir putus asa.Sudah pun bermula untuk putus asa.Sedang dia hampir memandu keretanya ke tasik di Shah Alam untuk membuat beberapa scene video klip rock kapak versinya sendiri,telefon berdering,ada panggilan masuk.

Mel,kawan lamanya yang juga kawan rapatnya mengajaknya untuk ngeteh bersama setelah mendapat berita yang Nawi akan membuat scene video rock kapak versinya sendiri,yang juga bermaksud meratapi diri sendiri di tepi tasik yang besar.Tujuan utama Mel,gadis comel berkulit sawo matang mengajak Nawi untuk ngeteh ialah untuk menenangkan kawannya itu kerana hanya dia seorang saja tahu bagaimana mahu menenangkan Nawi.

Nawi pun bercerita tentang dia tidak dapat benda itu.Di tidak pernah beritahu pada Mel apa sebenarnya yang beliau maksudkan dengan 'benda itu'.Tetapi Mel hanya diam,malas mahu bertanya dalam keadaan Nawi yang separuh nyawa itu.Dia hanya menjadi pendengar yang setia.

Walaupun begitu,Mel sudah tahu apa yang Nawi maksudkan dengan 'benda itu'.Memang dia sangat kenal dengan Nawi.Memang Nawi ketagih dengan 'benda itu'.Perlahan Mel pergi ke telinga Nawi,hendak berbisik,barangkali.

"Aku boleh jadi 'benda tu',kalau kau mahu".Nawi terkesima,jatuh duit RM10 yang dipegangnya yang dia cadang dibuat beli rokok.Nawi senyum sampai telinga,muka sedikit nakal.Mel muka puas,lihat Nawi kembali ceria.

No comments:

Post a Comment