Setiap hujung minggu di Kampung Treban akan diadakan perlawanan mirip-mirip wrestling,tetapi dengan gaya tersendiri kampung itu.Ia biasanya akan disertai oleh dua pihak yang tidak puas hati sesama sendiri.Tujuan perlawanan ini diadakan ialah supaya pergaduhan antara dua pihak tersebut adil dan tiada dendam selepas pergaduhan.
Walau bagaimanapun,terdapat beberapa peraturan dalam perlawanan ini.Dan yang paling utama sekali ialah tiada senjata dibenarkan sama sekali.Selain daripada itu,ada beberapa lagi peraturan seperti dilarang menyentuh lawan sekiranya beliau telah jatuh atau pengsan.Peserta akan dikira sebagai pemenang jika lawannya tidak mampu bangun,pengsan atau mengaku kalah.
Jadi perlawanan minggu ini adalah antara Hanapi dengan Fared.Mereka ini pernah menjadi kawan baik,tetapi bergaduh gara-gara Fared membelasah Hanapi 8-0 di dalam game FIFA dan 13-1 dalam Winning Eleven.Hanapi rasa terjejas lalu mengajak Fared bertarung.Jadi,hari inilah penentu segalanya.Selepas pertarungan ini,mereka harus melupakan persengketaan ini.
Awalnya,Hanapi dan Fared bercadang ingin berlawan berkaki ayam.Baru macam Muay-thai kata mereka.Tapi Fared teringat,ayahnya pernah bercerita,Hang Tuah terajang Alfonso De Albuquerque guna capal sampai Alfonso terbaring tiga hari,jadi dia pun membelakangkan fikiran Muay-thai tadi dengan mengenakan capal.Lagipun,tiada dalam peraturan mengatakan tidak boleh memakai kasut bertumit ataupun but askar.
Perlawanan hampir bermula.Hanapi terpandang kaki Fared bersarung capal.Dia tidak puas hati.Walaupun dia tidak punya capal,dia merasakan dia harus bersepatu.Jadi dia pun mencapai selipar yang dipakainya tadi.Selepas melagakan buku lima persis perlawanan tinju antarabangsa,mereka memulakan pertarungan.
Hanapi mengangkat kaki,ingin menerajang dada Fared.Namun,belum sempat kakinya mengenai sasaran,wisel ditiupkan,tanda ada sesuatu yang tak kena."Peserta Hanapi membawa senjata,jadi dia disingkirkan serta merta!Pemenangnya adalah,Fared!"Jerit pengulas seperti gaya Hasbullah Awang,disahut dengan sorakan orang ramai.Hanapi terpinga.Setahu dia,dia tidak membawa apa-apa senjata.Lalu dengan tenang walaupun tengah menyirap,Hanapi pergi bertanya kepada pengadil,mana silapnya.Mana senjatanya.
Setelah soalan itu diajukan,pengadil dengan tenang,sambil membakar semula rokok pucuknya,menunjukkan kaki Hanapi."Selipar kau tu",katanya lagi sambil asap berkepul-kepul keluar.
Hanapi melihat seliparnya.Ah,selipar Tat Seng rupanya.
12.29.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment