1.16.2010

Efek Kapal Api.

Hari hujan lebat sejak pagi.Susah nak lakukan aktiviti luar.Jadi,Salim memutuskan bahawa duduk saja di rumah,berehat.Lalu dia duduk bersandar di atas kerusi plastik merah itu.Dia nyalakan rokok,sambil secawan kopi panas berasap di tepinya.Sedang dia termenung melihat butir-butir hujan jatuh ke atas atap kereta Datsun convert ke Mustang kepunyaan dia sendiri,di teringat gadis yang dia tunggu,Dina.Dia sudah lama berkawan dengan Dina.Dan dia tahu,Dina sudah ada teman lelaki,dan dia rasakan yang teman lelaki Dina itu hanya mahukan sesuatu yang lain dari Dina.Kiranya,ada udang disebalik batu.

Salim menghirup kopinya.Lalu,dihisapnya semula rokok yang tersepit diantara jari telunjuk dan jari hantunya.Sedang dia melihat asap yang dihembusnya itu berkepul-kepul,asap itu tiba-tiba membentuk seperti Dina.Kemudian,asap yang berbentuk seperti Dina itu berkata kepada Salim,"Sudah,kau jangan tunggu aku lagi.Aku taknak kau terseksa.Boleh kan?"Salim terkejut,terjatuh,lalu pengsan.Dia terpaksa dibawa ke hospital kerana kepalanya harus dijahit akibat terhantuk pada sudu kopinya.

Jiran Salim mendapat tahu berita tentang Salim.Beliau terus membuang semua rokoknya dan berazam untuk berhenti merokok.

No comments:

Post a Comment