Joe bangun dari tidur.Seperti biasa,ada sepucuk surat berdekatan denga pintu rumah sewanya,diselit oleh seseorang dari luar melalui bawah pintu.Joe tersenyum."Joe,Rara betul-betul kena jumpa Joe.Nak borak depan-depan,face-to-face.Boleh?"Bertambah lebar senyuman Joe.Mulutnya dikemam-kemam,berbunyi-bunyi dek kerana lekit air liur basi.
Joe dan Rara tinggal di blok apartmen yang sama.Joe mula sedar kewujudan Rara ketika sedang memanaskan enjin motosikal jenis scramblernya di tingkat bawah apartmen.Rara ini comel,ayu.Mukanya manis tapi tak terlampau manis.Manis-manis buah.Mereka memang sering berbalasan surat dengan cara begitu.Joe hanya pernah bercakap sekali saja dengan Rara.Itu pun Rara tidak menjawabnya,hanya dia balas dengan senyuman."Oh takpa,suara wanita itu aurat",bisik hati Joe.
Jadi,setelah dalam lebih kurang 3 pucuk lagi surat diutus,lalu mereka pun bertemu di kedai Aunty.Kuey tiaw di situ memang lazat.Joe sudah nampak Rara,dia senyum nipis.Lalu dia pergi mendapatkan Rara."Hai Rara." Tegur Joe."Hai Joe." Dibalas Rara dengan senyuman,tetapi muka Joe tiba-tiba mencuka."Rara dah agak dah pasti Joe akan terkejut.Dan sebab ni la Rara nak sangat jumpa Joe." Tambah Rara lagi.Joe tiba-tiba tersandar.
"Maaf Joe,Rara patut bagitahu Joe dari awal lagi.Dari surat pertama Joe bagi dekat Rara.Tapi Rara tak bersedia."Joe bagai tak percaya."You ni macam bukan Rara je.Kenapa nampak lain sikit?You saja berlakon kan?" Joe cuba menafikan fakta."Rara dah agak dah semua ni.Sorry Joe.Sorry sangat tak bagitau awal-awal.Rara tau bukan semua lelaki boleh." "Eh,bak sini tengok I.C." Minta Joe kepada Rara.Rara beri I.C.nya kepada Joe.Sebaik sahaja melihat I.C. Rara,Joe terus berlari ke arah motosikalnya.
Nama sebenar Rara, Razlan Sidek Bin Majeed.
2.27.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment