2.04.2010

Silam

Masa kecik-kecik,nakal itu adalah normal.Kalau tak nakal maknanya budak itu ada yang tak betul.Aku juga tidak terkecuali.Aku suka sakat orang.Sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah,itu hobi aku jika cikgu mengajar dirinya sendiri dan mengajar papan hitam.

Biasanya mangsa aku ialah budak-budak yang terlampau geek atau berlagak cool.Aku tak tahu kenapa mereka jadi mangsa aku.Aku melakukan dua jenis cara menyakat atau boleh juga dipanggil buli.Kepada yang lebih muda daripada aku,biasanya akan disakat dengan cara fizikal.Bagi yang sebaya atau lebih tua,aku akan menyakat dengan cara psiko.Pada aku,cara psiko lebih melekat daripada cara fizikal.Ada beberapa juga orang yang selalu kena psiko dengan aku.Tapi favourite aku seorang budak,sebaya aku,aku namakan dia Ef,supaya dia tidak terbaca dan tersinggung untuk kali keberapa entah selepas baca ni dan akan terus memukul aku kerana katanya,dia adalah seorang "Heart of Steel".Cheh.

Ef ni dengan aku satu sekolah sejak dari sekolah rendah hingga aku tingkatan tiga.Aku rasa dia ni lah yang paling terkesan dengan psiko aku dan kawan-kawan aku.Dulu masa aku sekolah rendah,budak-budak semua sedang demam Play Station.Jadi semua budak,buah bicara mereka tak kira di sekolah mahupun padang permainan,akan berborak tentang game.Pernah suatu hari,Ef berkata dengan bongkaknya pada aku,yang dia telah membeli satu game yang paling baru.Sedangkan setahu aku,game itu belum launch pun lagi.Hanya trailer saja sudah keluar.Jadi aku pun dengan penuh geramnya,telah membuat dia tak keruan dengan menyakatnya.Lalu,dia panggil abangnya yang agak tembam untuk back up dengan niat menakutkan aku.Sebaliknya,mereka dua beradik aku psiko.Aku dapat tahu abang dia masuk kelas mata berair.

Itu hal sekolah rendah.Di sekolah menengah,Ef telah menaruh harapan pada seorang amoi yang boleh dianggap comel juga la.Kalau dia bekerja sebagai pemetik daun teh di Cameron atau berkebun di bukit-bukit,pasti dia menang ratu cantik 4 tahun berturut-turut.Jadi pernah suatu hari,Ef menghadiahkan bunga ros kepada amoi tadi.Dengan penuh tanggungjawab,amoi tadi buang terus bunga tu dalam tong sampah.Pada mula aku rasa kasihan,tetapi aku tak mampu,aku terus memberi dia gangguan psiko.Dia dengan penuh tenang,berkata "Takpa,aku heart of steel".Ya,aku pegang ayat dia itu.

Dan dia bernasib baik,aku sudah tidak belajar sebumbung dengan dia.Namun begitu pun,kalau aku berjumpa dia di luar,aku masih menjalankan aktiviti aku lagi.Cuma aku bataskan sedikit pergerakan aku.Dan dengar cerita,dia kata dia adalah coolest guy in Bangi.Cheh,ayat meminta.

No comments:

Post a Comment