Petang yang redup-redup mata Waheeda,aku dan bahau meluncur laju dengan motor berkuasa tinggi bahau.Aku membonceng belakang dia dengan muka bangga.Hampir aku tonggekkan sedikit punggung aku gaya minah rempit,tapi aku kurang yakin dengan 'tabung' aku.Lagak wira,kami meluncur sepanjang lebuh raya.Sekeliling lebuh raya itu gurun.Sesekali ternampak bangkai lembu.
Sedang kami tenang melayan angin dan perasaan di atas motor,tiba-tiba ada satu kereta menghalang jalan.Nasib baik bahau seorang rider,dia berjaya memberhentikan motor gaya Kamen Rider.Tayar belakang tergelecek sikit menyebabkan bau hangit naik.Tapi aku tak kisah,sebab aku lebih marah dengan kereta itu.
Sambil buang puntung rokok yang tiba tiba ada dekat celah jari,aku pergi dekat-dekat kereta itu.Muka garang.Belum sempat aku terajang side-mirror kereta itu,dua orang mafia keluar dari kereta tu.Meludah ke belah kiri sekali,lalu aku tanya,"Apa masalah ni bro?" "Masalah dia,kau." Jawab mafia 1.Gaya mereka macam pelakon Men In Black.Bahau,dengan tanpa perasaan takut,pergi merapatkan diri dengan mafia 2."Lu jangan macam-macam.Nak kena hempuk?" Muka bahau tiba-tiba bengis.Dia tegakkan kolar bajunya sambil jari telunjuk dinaikkan,gaya-gaya superstar Rajnikanth.
"Lu nak macam-macam?Haa ni dia!" Mafia 1 mengeluarkan pistol.Pantas aku tepis guna ibu jari kaki.Pistol dia tercampak 20 meter.Muka dia cepat-cepat berubah,seperti hendak menangis.Tanpa sangsi,bahau menumbuk rusuk kiri mafia 2 yang mahu mengeluarkan AK-47 dari belakangnya.Mafia 2 mengerang kesakitan.
Tapi,belum sempat pergaduhan melarat,bumi tiba-tiba bergegar-gegar.Seekor makhluk keluar dari kiri jalan tersebut.Keluar dari tanah.Makhluk itu berbadan merah,berjanggut kambing dan bertanduk.Dia keluar dari tanah diiringi hilai tawa yang dahsyat."Hoi,kau nak mampus ya?" Kata makhluk itu,garang.
Bersambung...


No comments:
Post a Comment