Ibu bapa Amran tidak pernah membenarkan Amran bermain badminton secara professional."Kau pun nak jadi macam mak dengan ayah ke?Sampai ke tua tak reti baca.Baik kau duduk diam diam dalam kelas kau tu,belajar.Tak payah main bedminten."Tujuan saya eja 'badminton' dengan ejaan 'bedminten' itu untuk menunjukkan betapa pekatnya sebutan melayu ibu Amran.
Tetapi,Amran sentiasa tidak ambik peduli kata-kata ibunya itu.Dia sentiasa menyertai pertandingan badminton.Dengan bakat yang ada,dia selalu menjuarai pertandingan badminton yang dia sertai.Dari terbuka Umno cawangan kampungnya hingga ke pertandingan anjuran tauke lombong berhampiran pekan kampungnya,dia lah juara.Satu kampung bercerita tentang kehebatannya apabila dia dipilih oleh Misbun Sidek yang menonton Amran beraksi sambil sedap menghirup cendol di sebelah gelanggang badminton.Ketika itu perlawanan akhir badminton peringkat daerah.Seperti biasa Amran menang.Jadi dia dipilih menyertai skuad Malaysia.
Amran memberitahu ibu bapanya dia akan pergi ke asrama.Disebabkan taktahu membaca,ibu bapa Amran hanya menandatangani surat kebenaran skuad badminton itu.Mujur mereka tahu tandatangan.Jadi selepas 3-4 bulan berlatih,Amran sudah disenarai dalam skuad badminton Malaysia ke Terbuka Swiss.Dia sangat bersyukur.
Nak dijadikan cerita,Amran menjuarai Terbuka Swiss.Khabarnya Lin Dan putus urat ketiak ketika ingin membalas 'jumping smash' Amran.Taufik Hidayat pula patah hidung apabila Amran secara tidak sengaja mencampakkan raketnya ke arah Taufik apabila dia menumpaskan Taufik.Ibarat jatuh di timpa tangga nasib si Taufik Hidayat.
Jadi selepas menjadi juara,Amran cuti selama dua minggu.Dia pulang ke kampung halamannya.Seluruh kampung bersorak bila nampak Amran.Cuma ibu bapanya tidak.Sebab mereka tak tahu apa apa dan mereka jenis pelupa.Orang bagitahu anaknya juara badminton hari ini,masa makan malam karang sudah lupa terus.Ketika di kampung,Amran teringin menunjukkan pingat emasnya kepada orang tuanya.Tetapi dia rasa belum bersedia,lalu dia letakkan di dalam laci,di meja belajarnya yang sudah lama tidak berusik.
Minggu kedua cuti Amran,dia perasan bapanya banyak membeli barang baru.Motor,perabot,langsir,dan segala macam lagi.Setahunya dia belum sempat memberi orang tuanya duit kerana dia bercadang hendak memberi sebelum dia pulang.Lalu dia pun cuba bertanya pada bapanya,"Ayah,banyak beli barang baru.Nasi lemak laku sangat ke sekarang ni?"Tanya Amran kepada ayahnya yang menjual nasi lemak yang dimasak ibunya.
"Takdalah.Hari tu,abah jumpa ada emas dalam laci meja belajar kau dulu tu.Abah tengok macam piring pun ada,sebab ada tulis tulis.Tapi rasanya macam emas betul.Jadi abah jual la.Banyak juga dapat.Kenapa?Takkan emas tu kau punya?Sudah lama kau tak usik meja kau tu."Jawab ayahnya tenang,sambil memandang ke arah sport rim baru motornya dengan tersenyum.
4.13.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment