10.31.2010

Selamat sore.

Bila kau sendiri,totally on your own,kau tak kisah kau seorang diri.Kau rasa,itu memang lumrah.Tiada apa yang silap.Seperti kereta stok,yang baru saja keluar dari kilang,ianya tetap tidak nampak kosong walaupun tiada skirting mahupun rim tidak ditukar.

Namun bila kau tidak sendiri,atau sekurang kurangnya diri kau sendiri yang rasa kau tidak bersendirian,kau akan rasa pincang bila seorang diri.Kau akan rasa seperti kau kehilangan salah satu dari anggota badan kau.Dan biasanya,anggota badan bahagian dalaman yang dirasakan kurang itu.Juga seperti kereta,jika kau sudah tambah 'spoiler' setinggi 2 kaki,takkan la masih mahu guna ekzos kecik adik adik?Pastinya kau mahu ekzoz saiz badan kucing.

Namun jangan gusar.Ada tali halus yang menyambung.

No comments:

Post a Comment