11.04.2010

Beza betul.

Satu hari,adik aku,yang baru berumur 8 tahun,datang kepada aku selepas pulang dari sekolah."Abang,D rasa nak tanya A la,dia nak jadi girlfriend D atau tak."Aku pun tersenyum nipis,menjawab,"Haaa tanya la.Mana tahu dapat",tapi itu pun dengan niat berseloroh.Lalu dia dengan tenang menjawab,"Okay nanti D tanya dia."

Beberapa hari lepas,adik aku pulang dari sekolah agama,berlari masuk ke bilik aku,lalu membisik,"Abang,A dah setuju nak jadi girlfriend D",dengan muka penuh seronok.Juga adik aku telah menulis di profile facebook A (yes budak darjah dua dah ramai ada facebook,gila la)"Aku suka kau ni".

Tak sangka aku.Dulu masa aku 8 tahun,topic yang aku tanya budak perempuan biasanya,"Kenapa korang tak boleh main lawan lawan,perang perang dengan main bola?Apa yang best main batu seremban dengan masak masak?" Berbeza betul.

2 comments:

  1. bpk arghh..
    aku yg dah berbelas ni pown x de fb lg..

    ReplyDelete
  2. aq yg da berbelas nie pown x de fb...
    am i loser??

    ReplyDelete