ramadhan.apa ertinya,individual?waktu kecik,masa bulu ari ari segan silu dulu,erti ramadhan ialah waktu persediaan untuk menyambut eidulfitri.ya itulah erti ramadhan pada saya ketika kanak kanak.tetapi tak megapa,ramadhan tetap punya makna.tetapi,semakin diri saya remaja,mula pudar makna ramadhan.ketika di peringkat awal remaja,ramadhan pada saya tiada makna.ia seperti hari hari lain.tetapi bezanya ialah saya akan ke bazaar yang diadakan setiap hari setiap petang.selain itu,saya boleh membeli belah sampai poket terbelah.juga hanya boleh makan lepas azan maghrib.oh tak lupa juga solat sunat tarawikh yang amatlah sukar dihadiri.hanya pergi untuk meramaikan orang ketika moreh.wah,jauh menongkah arus daripada makna ramadhan yang sebenar.namun,semakin hari membuatkan saya semakin matang.sedikit demi sedikit.kini,sudah makin matang,perubahan dalam mana dan pengisian ramadhan itu berubah dengan sendiri.tanpa permintaan hatta paksaan.kini,usia saya dia pertengahan hendak ke penghujung remaja.jadi,makna ramadhan pada saya lebih mendalam.kini,ramadhan,pada saya,ialah bulan di mana waktu terbaik ingin memperbaiki diri,cuba mengisi ibadah secukupnya dalam bulan mulia,mencuba mengatasi segala macam jenis nafsu,mengecilkan bahagian badan yang agak lebih,mendekatkan diri pada-Nya.supaya saya boleh meraikan hari kemenangan di bulan syawal dengan penuh riang.itu antara makna ramadhan pada saya kini.saya akui,ada yang tidak percaya akannya.tetapi ini kenyataan.saya semakin tahu berfikir.saya mahu terbaik buat diri.jadi saya perlu lakukan untuk diri saya sendiri.perkara yang lepas biarkan lepas.cuba yang terbaik tahun ini.tapi berbuka nasi kandar tadi memang memuaskan hati saya,walaupun kuantiti tak seberapa.haha.sekian.
8.27.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment