Cikgu Ein baru saja masuk ke Sekolah Taman Sulit kelmarin.Dia adalah cikgu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang baru menggantikan cikgu Malik yang bersara minggu lepas.Walaupun baru tiga hari cikgu Ein di sini,dia telah menjadi gadis-gadis remaja dan seusia beliau di Taman Sulit.Antaranya Liza.Setelah menjalinkan percintaan selama 9 tahun dengan Azim,cinta mereka akhirnya berhenti di tengah jalan kerana dek kecurangan Azim.Kini,sudah setahun Liza bersendiri.Dan Liza tergilakan cikgu Ein.
Ramai yang sukakan cikgu Ein.Dari murid sekolah hinggakan ke emak mereka,ramai yang menyukai cikgu Ein.Tidak kurang juga ada jejaka yang cemburu dengan cikgu Ein kerana beliau disukai ramai.Tetapi cikgu Ein tidak pernah sombong.Dia sentiasa merendah diri.Ada suatu hari,di pasar minggu,Liza bertembung dengan cikgu Ein di kedai Salleh ikan.Mereka bertegur sapa.Liza mengatakan sebenarnya dia macam pernah melihat muka cikgu Ein.Cikgu Ein dengan tenang berkata dalam hati,"Ah ayat pancing nak aku berborak lebih panjang.Macam aku taktahu".Mereka berborak dalam masa lebih kurang 5-7 minit,lalu cikgu Ein meminta diri kerana ada urusan sebelum bertukar nombor telefon dengan Liza.
Setelah dua bulan saling berhubung menerusi SMS dan bergayut di telefon setiap malam selain kadang-kadang mereka berjumpa,cinta telah berputik antara mereka.Ramai yang cemburu terhadap Liza kerana dapat memikat hati cikgu Ein.Cikgu Ein pula semakin hari semakin berseri-seri mukanya.Kadangkala,apabila diusik di bilik guru atau oleh pelajar,mukanya kemerah-merahan.Pada suatu hari,cikgu Ein menghubungi telefon bimbit Liza.Liza seperti biasa,rasa amat seronok apabila buah hatinya menelefonnya."Liza,Ein nak jumpa Liza petang ni.Dalam pukul 3.Di kedai satay Haji Aswad.Boleh?Ein ada benda nak cakap dengan Liza" Tanya Ein penuh serious.Liza bersetuju.
Sepanjang perhubungan mereka yang sudah mula mencecah setahun,cikgu Ein tidak pernah bersuara begitu serious apabila ingin mengajak Liza keluar makan atau minum.Pastinya suara cikgu Ein riang.Memang tidak dinafikan,kadangkala ada masalah antara mereka.Tetapi cikgu Ein tidak pernah bersuara begitu.Mereka juga sudah bercadang untuk berkahwin.Cikgu Ein sudah rasa masanya sudah tiba untuk beliau masuk meminang Liza.Hari ini,kata cikgu Ein,beliau ingin berjumpa Liza untuk menyatakan sesuatu yang penting sebelum dia masuk meminang Liza.Liza,dengan keadaan tidak tenteram dengan kata-kata cikgu Ein,tetap meneruskan perjalanan ke kedai satay Haji Aswad.Setibanya dia di situ,dia sudah nampak cikgu Ein duduk menunggunya di situ,sambil memegang sebuah album gambar yang lama dan sedang menghirup kopi 'o' panas.
"Sudah lama sampai?" Tanya Liza memcah kebuntuan."Taklah,air pun baru saja sampai."Mereka pun berborak seperti biasa,tetapi ada semacam sesuatu perasaan yang menghalang kali ini.Liza rasa tidak sedap hati.Tiba-tiba,cikgu Ein bertanya kepada Liza,"Liza,kita dah bersama selama hampir setahun,tetapi saya tahu,awak taktahu nama penuh saya lagi kan?" Pertanyaan itu membuatkan Liza terkedu.Memang benar,dia tidak pernah bertanya akan nama penuh cikgu Ein dan cikgu Ein tidak pernah memberitahunya juga."Sekarang ni,sebelum saya masuk meminang awak,saya nak beritahu awak nama betul saya dahulu,boleh?" Tanya cikgu Ein,serious.Liza mengangguk,menjawab pertanyaan cikgu Ein itu."Nama saya sebenarnya,Husin.Husin bin Kasmat".Tiba-tiba Liza rasa semacam lain mendengar nama itu.Sudah lama dia tidak mendengar nama itu,sejak tingkatan 2.Dia menyangkakan cikgu Ein hanya bergurau."Tidak,saya tidak bergurau".
Sambil terpinga,Liza memandang album gambar yang cikgu Ein bawa.Cikgu Ein membuka dan menunjukkan gambar lamanya.Benarlah!Dia adalah Husin yang aku hina dia suatu hari dulu hanya kerana menyuarakan kejujuran beliau menyukai aku!Getus hati Liza.Dia terasa disentap nyawanya apabila dia sekarang mencintai jejaka yang paling dia benci dulu."Cinta saya pada awak takpernah berubah,Liza.Memang saya bersukan dengan keras dan diet semata-mata ingin kurus,semuanya kerana awak.Saya memang telah memilih untuk menjadi guru dan ingin menjadi guru di Taman ini kerana ingin berjumpa awak semula".Pengakuan itu menitiskan air mata Liza.Beliau tidak sangka,rupanya masih ada lelaki yang masih mencintainya sedangkan dia telah melemparkan hinaan yang amat dalam suatu masa dulu.
Air mata Liza mencurah-curah.Kekesalan beliau amat terasa kerana waktu itu,dia megah dengan hubungannya dengan Azim.Dia juga sangkakan yang Azim itu setia orangnya mengikut dari pengamatannya sendiri.Rupanya tidak tetapi,Husin,yang dulu dihina dengan sangat teruk pula yang sangat setia padanya.Liza,bersama tangisannya,meminta maaf kepada Husin.Dia tidak sangka yang Husin sanggup buat semua itu demi beliau yang sombong itu.Lalu,Husin mengangkat muka Liza,mengusap air matanya sambil berkata,"Takpa,saya sayang awak sebab diri awak.Saya takkan cuba tukar awak".Liza sekali lagi terharu dan terus menangis kekesalan dan terharu.Dengan matanya yang redup,cikgu Ein,atau lebih baik dipanggil nama sebenarnya,Husin,memandang terus ke arah muka Liza,tepat,sambil berkata,"Liza,saya sangat sayangkan awak.Jangan risau." Kata-kata diiringi seutas senyuman dari Husin.
11.09.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment