11.09.2009

Kuat Pilih part 1

Husin.Seorang jejaka yang mukanya agak handsome.Tapi sayangnya,Husin ni gemuk.Gemuk sangat.Beratnya mencecah 3 angka.Dia memang sejak dari sekolah rendah gemuk.Husin ni kuat makan.Letaklah apa saja depan dia,kurang 5 minit,taksampai suku makanan itu tinggal.Kadang-kadang,kalau sedap sangat,memang 3 minit dah habis.Tapi Husin sentiasa bersyukur akan badannya itu.Dia rasa gembira walaupun badannya gemuk.Kawan-kawannya juga tidak pernah mengutuk beliau kerana pada mereka,Husin ada kelebihan tersendiri.Cuma kadangkala kawannya ada bertanya tidak mahu kurus ke.Husin jawab muda,"Buat apa kurus kalau hati tak tenang?"

Sewaktu Husin di tingkatan 2,beratnya sudah menceceah angka seratus.Dia tetap tidak kisah.Tidak pernah terfikir dalam otaknya mahu berdiet.Tetapi dia kira aktif juga orangnya.Setiap petang,hujan atau panas terik,dia akan pergi ke padang awam Taman Sulit untuk bersukan.Dia sangat suka main bola sepak.Dia paling menggemari posisi penjaga gol.Berpeluh dua titik sehari sudah memadai Husin.Dan sewaktu beliau di tingkatan 2 jugalah,beliau mula berkenan atau bahasa lebih spesifik,jatuh cinta pada anak dara wakil rakyat baru tempat beliau,Liza.Liza baru berpindah ke Taman Sulit dari rumah neneknya.Liza ini lawa tapi sayangnya,beliau sangat sombong dan memilih teman.Husin,yang tidak menyedari akan kecerewetan Liza dalam memilih teman dan kawan itu,telah jatuh cinta teramatlah dalam pada Liza.Dia sangat suka melihat Liza memakai t-shirt dan seluar track ketika hendak ke rumah cikgu Rahmat untuk kelas tusyen.Kebetulan,rumah cikgu Rahmat setentang rumah Husin.

Pada suatu hari,tiga hari lepas peperiksaan akhir tahun,Husin tidak dapat membendung lagi cintanya terhadap Liza.Atas nasihat kawan-kawan,rakan-rakan seperjuangan,ahli keluarga dan juga Ali si penjual ikan menggunakan van itu,Husin bertekad untuk menyuarakan isi hatinya.Jadi,pada keesokkan harinya,Azim yang disuruh oleh Husin,memanggil Liza untuk pergi ke belakang kantin sekolah kerana Husin mahu bertemu.Liza tanpa liat,mengikut Azim.Ramai berasa sangsi.Apa ayat yang telah Azim hembus pada Liza yang dengan mudah mengikutnya kerana Liza sangat susah untuk mengikut orang yang beliau tidak rapat.Liza akan maki kepada orang yang megajaknya biasanya tetapi tidak kali ini.Kawan-kawan Liza juga pelik.Jadi,Husin yang berpeluh-peluh itu,sangat seronok melihat Liza datang ke arahnya.

"Nak apa ni?" Kata Liza dengan penuh sombong tanpa memandang ke muka Husin.Husin yang gugup dan angau,berasa di awangan mendengar suara Liza walaupun suara Liza tidak ikhlas sebenarnya.Tanpa membuang masa,Husin bersuara,tersekat-sekat, "Husin sebenarnya,d...d...dah jatuh hati pada Liza.Lama dah.Sejak Liza masuk sekolah ni,Husin dah tertarik pada Liza",kata Husin jujur.Tidak sedikit pun nampak menipu.Liza yang sebenarnya terkejut dan jelik,sempat melindungi perasaannya itu.Liza membetulkan suaranya dan terus berkata,"Eh awak,saya ni dah la tak kenal awak.Lepas tu,awak tu dah la gemuk macam gajah makan 3 rumah banglo,bau masam,ada hati nak jadi teman saya.Ishh pleeaaaasseeee la wak.Geli lah saya.Dah la".Kata-kata Liza itu membuatkan Husin tersentak.Badannya seperti dipanah petir.Dia tidak sangka yang ayat itu akan keluar dari mulut Liza yang manis itu.Sangkaannya Liza ini sopan satun itu punah serta-merta.Dia bagaikan rasa dia yang paling hina ketika itu.

"Dan satu lagi,saya sebenarnya tengah bercinta dengan kawan awak ni,Azim!"Kata-katayang diiringi senyuman 'jahat' Azim itu bagaikan menyentap nyawa Husin.Kawan baiknya sendiri yang sentiasa memberi semangat padanya itu rupanya ada seorang pembelot.Dia tidak pernah memberi tahu perkara sebenar.Lantas ini yang membuatkan Husin sangat terkilan.Buat pertama kali dalam hidupnya,beliau terasa yang beliau hodoh dan gemuk.Hari itu adalah hari paling malang bagi Husin.Setibanya beliau di rumah selepas pulang dari sekolah,Husin terus ke dapur,bertemu ibunya."Ibu,Husin nak pindah sekolah.Nak masuk asrama."Itu kata-kata yang terpacul dari mulut Husin.

bersambung..

No comments:

Post a Comment