Karim.Seorang jejaka yang baru mengenal dunia remaja.Karim ni baik budaknya.Solat penuh,puasa memang sebulan ketika ramadhan ditambah sunat Isnin dan Khamis dan segala jenis puasa sunat,Al-Quran peneman setia beliau.Senang cerita,dia memang ciri-iciri pemenang ataupun paling tidak nominasi Anugerah Anak Mithali masa sambutan Maal Hijrah setiap tahun.
Tapi macam remaja lain,Karim juga perlukan hiburan dan aktiviti menarik untuk dia lakukan.Dia yang menetap di Taman Kepialu II,amat rapat dengan remaja-remaja seusianya.Tapi malangnya,remaja-remaja di Taman Kepialu II ni sangat liar.Kebanyakannya terbabit dengan gejala mat rempit.Malam-malam syahdu pasti ada saja bunyi motor Yamaha RXZ ataupun Honda c70 berbunyi.Memang kuat semangat rempit Taman Kepialu II.Jadi,untuk tidak dipanggil kera sumbang,Karim pun joinlah budak-budak ini walaupun dia tahu mereka ini banyak melakukan perkara yang salah.Main perempuan seperti main konda-kondi sewaktu kanak-kanak,minum thai song atau apa saja whiskey seperti minum 7up,menghisap ganja seperti menghisap puting adik bongsu sendiri.Padanya,merokok itu masih boleh diterima.Tetapi yang lain itu,tidak.Karim tau,jikalau dia buat semua perkara itu,pasti dia dilapah oleh ayahnya.Jadi dia hanya mengikut dan melihat dari jauh mereka ini melakukan setiap kerja setan itu.Lumba dan aksi berani atas motor juga hanya Karim tonton juga.Dia hanya menunggang motor apabila perlu saja.Kawan-kawannya juga tidak pernah memaksa dia melakukan perkara salah kerana mereka tahu Karim ini baik budaknya.
Tapi,kerana semakin hari semakin teruk perangai teman-teman setamannya itu,Karim makin menjauhkan diri.Dia rasa dia harus pindah.Dia teringatkan sepupunya,Halim Dash.Bagus juga berpindah bersama Halim Dash.Sebab dia terfikirkan Halim Dash kerana Halim Dash ni bukanlah seorang mat rempit sebaliknya dia seorang yang sangat aktif sukan extreme dan juga muzik.Pada pengamatannya,remaja yang menceburi bidang muzik dan bidang sukan extreme terutamanya,tidak terjebak pada gejala tidak sihat.Ada itu memang ada,tetapi jumlahnya sedikit.Tidak seperti rempit.Habis semua mereka bedal.Jenayah itu cuma mainan.Tetapi tidak bagi mereka yang bermuzik dan bersukan extreme.Mereka lebih suka melakukan hobi mereka itu seperti bermain muzik dan melakukan sukan extreme itu sendiri.Jarang sekali mereka minum arak,hisap dadah dan sebagainya.
Hasrat Karim itu dipersetujui orang tuanya.Kini,genap dua bulan dia bersama dengan Halim Dash.Karim sudah berjinak dengan sukan papan selaju.Dia telah belajar beberapa skill yang telah diajar sendiri oleh Halim Dash dan rakan-rakan baru Karim yakni juga rakan-rakan Halim Dash.Mereka sering bermain papan selaju bersama.Halim Dash juga punya sebuah band Punk Rock.Karim yang memang tahu bermain gitar telah mengisi posisi sebagai pemain gitar kedua dalam band itu setelah pemain gitar kedua band Halim Dash yang sebelum ini beralih angin ke arah muzik yang lebih mellow yakni keroncong.Karim seronok dengan hidup barunya.Dia sedar yakni teman bandnya yang juga jurulatih papan selajunya,Azman Flash agak rosak.Azman Flash kaki tonggang,layan ganja.Tetapi pada Karim sendiri,itu hal dia.Kerana hanya Azman Flash seorang saja diantara rakan-rakan barunya itu lakukan semua perbuatan itu.Dan Azman Flash tidak pernah kacau orang.
Sudah masuk tahun kedua Karim bersama Halim Dash tinggal serumah.Halim Dash,yang memang seorang perokok tegar,tidak pernah mengajak Karim merokok.Akan tetapi,Karim merasakan dirinya perlu merokok setelah hampir setiap masa dia menghidu asap rokok Halim Dash.Kata pakar,perokok pasif yakni penghidu asap rokok lebih teruk impaknya.Jadi lebih baik dia merokok.Halim Dash tidak melarang dan tidak pula menggalakkan.Dia cuma diam.Pada suatu hari,Halim Dash harus ke Jakarta atas urusan pelajarannya.Lalu Karim tinggal bersama Azman Flash kerana hanya rumah Azman Flash yang senang menerima tetamu.Ada suatu hari,Azman Flash membeli beer berjenama Tuborg di pasaraya berdekatan rumahnya.Dia tidak pernah berniat mengajak Karim minum bersamanya tetapi untuk kesenangannya,beliau membeli sebotol lebih,takut-takut terasa ingin minum lebih.Ketika Azman Flash sedang asyik menonggang,Karim yang tadinya sedang khusyuk menulis lagu,datang ke arah Azman Flash.Tanpa diduga,Karim mengambil sebotol dan terus menogak.Mula-mula dia rasa yang beer itu palat macam puki rasanya.Tetapi kata Azman Flash,memang begitu mula-mula.Lama-lama nanti biasalah.Jadi Karim pun terus minum dengan niat membiasakan diri.Tanpa Karim sedar,dia telah menogkah pegangan hidupnya.Sedang dia rasa Taman Kepialu II akan merosakkan hidupnya,lalu dia lari daripadanya.Tetapi,dia lebih teruk setelah lari daripada Taman Kepialu II.
Kini,Karim seorang kaki mabuk.Dia juga sekarang kaki layan ganja.Katanya rasa tenang.Halim Dash tidak pernah marah,tidak pernah kisah.Karim kini sangat berlawanan ketika dia berada di Taman Kepialu II.Sedang dia di sana walaupun dikelilingi 80% orang yang kaki mabuk,layan ganja dia tidak pernah melakukannya.Tetapi,ketika di rumah Halim Dash,dia melakukannya walaupun hanya seorang yang melakukan semua itu.Solat tinggal,puasa tidak pernah,Al-Quran digantikan majalah porno,kaki mabuk dan layan ganja.
Mengapa?pokok pangkalnya hati.
11.04.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment