12.04.2009
Bukan rabun.
Pejam celik,pejam celik,wah,sudah setahun.Memang tak percaya beb.Aku rasa baru saja lagi aku tinggalkan tempat puaka yang banyak mulut berbau busuk itu.Tapi rupanya hampir setahun.Banyak yang dah aku lalui,dan ada yang meninggalkan kesan yang dahsyat.Yang paling dahsyat itu ialah,ada sesuatu yang menggangu penglihatan aku.Ya,ia telah mengaburi penglihatan aku.Tapi bukan dalam semua keadaan,hanya sesetengah.Yakni apabila aku mahu memandang ke bawah,bila aku mahu melihat apa ada pada lantai yang sedang aku pijak.Sangat susah aku mahu lihat seni lantai.Dan yang paling sesak sekali,ia membuat aku tercari-cari di mana duit syiling yang jatuh apabila aku mahu membayar di kedai mamak dan duit syiling aku terjatuh.Aku perlu segera hilangkan gangguan ini.Dan ia juga dah ganggu aku masa nak ikat tali kasut.Haih.Aku pelik macam mana Santa Claus seronok saja hidup dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment