Hujung tahun ni macam hujung tahun yang lain,banyak kenduri kahwin.Dan macam biasa,bila pergi kenduri kahwin ada saja orang menegur penampilan aku yang pelik berbanding dulu.Aku tak kisah teguran yang lain,tapi aku paling tak berkenan dengan satu teguran ni.
"Oh,ni memang fashion sekarang la ni,macam si hafiz tu".Kata makcik dan pakcik tertentu.Aku dengan tak faham,hanya tersengih."Hafiz mana?" tanya aku,nak kepastian."Ala,juara AF tu",kata mereka dengan senyuman yang lebar sampai telinga koyak,seakkan bangga.Aku,tanpa semena-mena,terasa bagai dicemuh dengan perbandingan seperti itu.
Aku baru tahu rupa-rupanya juara AF yang lalu berambut kerinting kembang-kembang setelah aku search di Google apabila aku menerima perbandingan itu.Terasa nak potong rambut atau paling kurang luruskan sebab taknak orang samakan aku dengan dia.Tapi memandangkan aku bela rambut bukan sebab dia,aku lupakan niat itu.
12.06.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment