Kawasan rumah aku sekarang ni boleh dikatakan hampir cukup infrastrukturnya.Balai polis,stesen minyak,pusat hiburan dan karaoke pun ada.Tapi yang paling aku suka sebab ada balai bomba.Rasa betul-betul selamat ada balai bomba.Paling-paling pun,kena campak dengan bapak aku atas tiang elektrik boleh aku call bomba suruh turunkan aku.
Sepanjang balai bomba ni siap dibina,aku dah jarang jumpa orang sedih atau hiba.Dah takda aku dengar komplen dekat gerai cendol depan Esso mengatakan yang kucing dia mati jatuh pokok ru,adik koma kena patuk ular lidi.Semua komplen tu dah hilang.Sebab bomba sedia membantu.Jadi apa yang aku agak,bomba ni sentiasa sibuk.Nak makan pun tak sempat,sebab kejap lagi mesti ada orang call ada landak tengah setting duri depan cermin bilik dia.
Tapi tadi,semasa aku dalam perjalanan balik dari ngeteh,aku tiba-tiba terpaksa tukar persepsi aku kepada bomba sewaktu aku lalu belakang balai bomba.Semasa aku ingin menukar persepsi aku itu,dalam hati aku berkata; "Takda la sibuk mana bomba ni.Sempat lagi bakar sampah belakang balai petang-petang macam ni.Kira okay la tu".
1.07.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment