"Sudah solat?" Tanya Mak Zahrah kepada Haslam."Sudah",jawab Haslam,bersahaja.Tidak nampak niat menipu,kejujuran pun tak nampak juga.Hanya neutral,seperti pH air mineral."Jom lah mama,nanti lambat pula nak ke Tabung Haji",ajak Haslam,ingin menghantar dan mengucapkan selamat tinggal buat sementara waktu kepada ibunya yang bakal mengerjakan haji.Setelah semua bersiap,Haslam,ibunya dan bapanya bertolak ke Tabung Haji di Kelana Jaya.
"Assalamualaikum Haslam,kau apa khabar?" Tanya Mak Zahrah,melalui talipon.Ingin saja dia buat video call,memantau keadaan anaknya itu.Tapi apakan daya,dia hanya menggunakan talipon bimbit murah dek kerana tidak tahu menggunakan talipon bimbit yang kompleks aplikasinya."Khabar baik mama.Mama pula?"Jawab Haslam,ikhlas.Tetapi suaranya macam ditahan.Seakan berbisik.Mak Zahrah malas mahu bertanya,sedang bermesyuarat mungkin,sangkanya dalam hati."Saja nak bagitahu,mama balik 22 haribulan",beritahu Mak Zahrah kepada anaknya,supaya dia boleh bersedia untuk menyambut dia dan suaminya di lapangan terbang."Baiklah",jawab Haslam semula,seperti seronok.Mak Zahrah juga rasa seronok kerana dia menyangkakan anaknya tidak sabar menanti hari kepulangannya.Sedangkan,kegembiraan anaknya itu bermaksud lain.Dan juga,Mak Zahrah sebenarnya telah tersilap memberi info.Sepatutnya dia pulang 12 haribulan,bukan 22 seperti yang diberitahunya kepada Haslam.
12 haribulan,Mak Zahrah pun selamat tiba di lapangan terbang KLIA.Matanya menyelangak,mencari di mana anaknya.Tetapi alangkah sayu hatinya,anaknya tiada disitu."Dia sibuk barangkali,"kata Mak Zahrah kepada Pak Daud,suaminya.Jadi,mereka pun memutuskan untuk tidak mengganggu anaknya dan mengambil teksi ke pulang ke rumah mereka.Sepanjang perjalanan,Mak Zahrah rasa tak sedap hati,jadi dia pun berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Dia rasakan bahawa akan terjadi sesuatu yang tidak baik.Tetapi dia malas mahu memikirkannya.
Sampai di rumah,Pak Daud bersuara,"Ah,ada pula dia di rumah.Apahal si Haslam ni?" Kata Pak Daud sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Kereta Haslam ada di depan rumah,membuatkan Mak Zahrah tak sedap hati.Ketika dia menuju masuk,dia ternampak beberapa pasang kasut.Pasti ada orang lain sekali ini.Ada lebih kurang 7 hingga 8 pasang kasut,termasuk 4 pasang kasut perempuan.Laju Mak Zahrah mendapatkan pintu.Cepat-cepat dia menggodek kunci pintu rumahnya untuk membuka pintu,kerana salam yang diberinya tidak bersahut.Setelah kunci berjaya dibukan,dia memutarkan tombol pintu dan dibuka pintu seluas-luasnya,sambil Pak Daud berdiri di sebelahnya."MASYAALLAH!!"Jerit Mak Zahrah,tiba-tiba.
Alangkah terkejutnya dia,melihat anaknya bersama beberapa orang lagi kawan-kawannya,termasuk kawan perempuan,bergelimpangan tidur di ruang tamu.Semua separuh bogel,hanya memakai pakaian dalam.Botol arak juga bertaburan di atas lantai.
1.06.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment