"Sayang,saya dapat berita gembira!" Kata Anne kepada Khalif dengan penuh girang,sesampainya dia dia padang tempat dia dan Khalid sering bertemu."Apa yang gembira sangat ni,Si cantik?Sampai kena bagitahu dari jauh pula,"kata Khalif,seorang jejaka berumur dalam lingkungan pertengahan 20-an.
"Saya dapat offer daripada Cardiff University untung sambung Degree!Tercapai juga cita-cita saya.Heee seronoknya!"Berita gembira bagi Anne itu sebenarnya berita yang agak buruk bagi Khalif.Dia terasa seperti sedang makan jering.Busuk tetapi sedap.Dia kalau boleh,tidak mahu berjauhan dengan Anne.Tetapi dia seronok kerana Anne bakal mencapai cita-citanya.Dia dilemma."Oh ya ke?"Katanya,sambil bibir tersenyum kelat."Awak ni macam tak suka je,lif.Kenapa ni?Ala jangan la macam ni.Saya sejak dulu lagi sudah bercita-cita nak belajar di luar negara."Anne memujuk Khalif dengan suara yang penuh manja.Khalif jadi sayu,dan hanya mampu tersenyum.
Pada waktu itu,mereka meraikan tawaran itu dengan hilai tawa yang riang sekali.Galak kali mereka merenung mata sesama sendiri setajam-tajamnya,sambil membelai dengan lembut pipi masing-masing.Kadang-kadang angin turut sibuk mahu membelai mereka.Hilai tawa mereka juga diselang-selikan dengan batuk Khalif yang parah bunyinya."Awak,awak okay tak?"Tanya Anne,kerisauan."Ala,awak ni macam taktahu pula.Saya kan hisap rokok,biasa la batuk macam ni.Dah,jangan risau pasal saya ye?"Khalif mahu menyejukkan hati Anne."Sudah tu,kurangkan merokok."Anne bersuara,sedikit tegas."Eh,awak pergi bila ye?"Khalif pula menukar topik dengan pantas dan tuntas,seperti Kamus Dr.Fazley.
Tiga bulan kemudian,tibalah tarikh keramat bagi Anne,di mana dia sudah harus bertolak ke Cardiff untuk mengejar cita-citanya yang tinggi itu."Awak,sebenarnya,saya pun rasa berat hati nak pergi.Saya tahu awak lagi berat.Tapi janganlah sampai bawa kereta pun 80 saja.Awak mana pernah bawa kurang 100."Khalif terkedu.Rupanya Anne perasan akan keberatan hati Khalif ketika menghantarnya ke lapangan terbang."Takpa awak,kita selalu la webcam nanti.Awak macam tak biasa pula.Saya dekat Malaysia pun macam tu apa,"Anne memberi semangat pada Khalif,sambil membelai pipi Khalif.
Seperti biasa,Khalif tetap rancak batuk.Batuk yang teruk sekali."Awak,saya sebenarnya bangga dengan awak.Sebab awak mampukan yang awak boleh pergi sampai ke luar negara,"kata Khalif dalam batuk beliau."Awak,dah la tu.Tak payah la bercakap masa tengah batuk.Seksa saya tengok awak.Kesian tau,"Anne terasa seperti dirinya yang terseksa.Sampai di lapangan terbang,Anne terasa seperti tidak mahu masa itu berjalan.Dia mahu masa berhenti di situ,supaya dia boleh berada dengan Khalif lebih lama.Dalam dakapan Khalif.Dia tidak pasti kenapa dia rasa sebegitu,sedangkan sebelum ini tidak.Sepatutnya dia rasa semangat.Khalif yang rasa berat.
"Awak,saya dah kena pergi.Awak jaga diri baik-baik ya.Kurangkan merokok.Nanti saya dah sampai saya talifon la.Dan,saya nak awak tahu,saya sayang awak,dan saya akan sentiasa setia."Kata Anne,sayu.Suaranya yang manja tapi sayu itu,membuatkan Khalif,yang kelihatan seperti lemah,menitiskan air mata."Awak pun sama,jaga diri.Saya akan cuba berhenti merokok terus.Nanti awak balik,tengok saya dah tak bawa rokok dan tak hisap rokok lagi dah.Saya juga sayangkan awak,dan saya akan setia."Itulah janji mereka.Lalu,selepas berpelukan selama beberapa saat,Anne pun pergi ke ruangan menunggu.Sambil melambai ke arah Khalif,air matanya menitis.Begitu juga Khalif.
Selepas Anne hilang dari pandangan,Khalif pun pergi meninggalkan lapangan terbang.Dia kelihatan lemah,bibir pucat,berpeluh-peluh.Batuknya tiba-tiba tambah teruk.Dan tiba-tiba,ketika beberapa langkah lagi untuk sampai ke keretanya,dia rebah tak bermaya.
Bersambung..
1.11.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
asal b'smbg lak ni.....adoi~! xbest la
ReplyDeletePart II in progress.Sabar ya.Agak sibuk beberapa hari ini.
ReplyDelete