1.12.2010

Masih (Part II)

"Assalamualaikum.Eh,aunty.Khalif mana?Kenapa saya talifon dia tak dapat?"Dengan secara tiba-tiba,selepas beberapa saat soalan itu diajukan oleh Anne kepada ibunya si Khalif,tangan Anne jadi lemah lalu talifonnya berjumpa tanah,lututnya longgar lalu terjelepoklah dia terjatuh,macam dilanggar dengan lori pikap.Alangkah terkejutnya dia,apabila ibu si Khalif memberitahu berita paling menyentap nyawa dia.Khalif,kekasih kesayangannya,yang di anggap kekasih awal dan akhir,kembali kepada-Nya."Tuhan lebih sayangkan dia,Anne."Kata-kata itu buat Anne tak keruan.Dia bagaikan di heret di atas jalan tar sejauh beberapa kilometer.Sayunya hati Anne mendengar khabar itu.

Anne bagaikan mahu pulang segera.Dia rasa seperti tidak mahu mengejar impiannya.Dia rasa dia bodoh kerana tidak pernah tahu yang kekasihnya itu menghidap kanser paru-paru.Dia terfikir,patutlah Khalif seringkali batuk bagai nak gila.Bunyi seperti motor rempit pencen.Rupanya dia ada kanser paru-paru.Dia sungguh kalut ketika itu.Dia duduk di biliknya,di Cardiff,mendiamkan diri.Dan ketika itulah,dia terdengar suara Khalif,berbisik padanya."Anne,awak sayangkan saya kan?Kalau awak sayang saya,awak jangan jadi macam ni.Jangan meratapi pemergian saya.Jangan salahkan diri awak.Tu semua salah di sisi agama.Awak harus teruskan hidup,kejar cita-cita awak.Saya akan sentiasa bersama awak"."Khalif,awak ke tu?Awak ada di sini ke?"Soal Anne,perlahan-lahan,takut dianggap gila atau psiko."Ye.Saya ada di sisi awak.Tapi dengan satu syarat,teruskan hidup.Dengan itu saya akan sentiasa ada dengan awak".Air mata Anne jatuh lembut membasahkan betisnya ketika dia duduk bersila.

Setelah tiga tahun berlalu,Anne sudah berjaya.Dia sudah menjadi seorang graduan Cardiff University.Dia kini sedang mencari kerja dan telah pun bertunang dengan seorang jejaka melayu tulen yang belajar di Cardiff juga.Tirah,rakan karib Anne,terkejut dengan berita itu."Anne,aku tak sangka kau mampu lupakan Khalif.Kau kan sayang dia sangat-sangat.Macam mana kau boleh sangkut dekat tunang kau ni?"Tirah pening memikirkan hal itu."Kalau aku cakap cerita sebenar,kau mesti tak percaya,Tirah,"kata Anne,sangat kenal dengan sifat si Tirah yang tidak percaya paranormal dan semua yang lebih kurang."Haa.Cakap je macam mana".Tirah inginkan kepastian."Sebenarnya,Khalif yang tolong aku dapatkan teman baru".Tirah mencebik,tak percaya."Ahhh kau.Sembang lebih,"balas Tirah."Kan aku dah kata.Dah la Tirah.Suka hati kau la.Kalau bukan Khalif sendiri yang bagi aku semangat teruskan belajar dan teruskan hidup,kau ingat aku mampu ke?"Ayat itu membuatkan Tirah lebih tercengang.Dia sangka yang kawannya itu benar-benar gila.Sambil mulut ternganga,Tirah pergi meninggalkan Anne.

"Awak,esok saya nikah.Awak sedih tak?"Anne bertanya kepada roh Khalif."Anne,kan saya dah kata,saya akan sokong awak,bantu awak.Saya tak sedih,tapi gembira".Pada hari pernikahan,roh Khalif berdiri di sebelah Anne,turut berdebar.Sesudah tunang atau boleh diiktiraf sebagai suami Anne melafazkan akad nikah,tiba-tiba Anne terasa satu kucupan di pipinya,walaupun tiada siapa di situ.Lalu Anne ternampak,satu cahaya putih di pintu rumahnya,bermula dengan sangat cerah dan terang,semakin malap dan semakin malap.Semenjak itu,Khalif sudah tidak bersama Anne lagi.Namun begitu,Anne kadang-kala bercerita tentang harinya kepada Khalif,walaupun dia tahu,kini Khalif di atas sana,bukan lagi bersamanya.

No comments:

Post a Comment