4.04.2011

Malas.

Hello.Dah lama tak menulis di sini.Mungkin kerana sibuk dengan hal duniawi.Biasalah,pemuda.Kebelakangan ini juga aku tidak banyak buat pemerhatian untuk di jadikan topik dekat sini.Aku banyak membuat pemerhatian dalam hal makanan.Dan aku takkan pernah teruskan niat aku untuk menulis tentang makanan kerana itu akan membuatkan aku lapar.Dan itu membawa kepada kegagalan dalam cubaan aku untuk turunkan berat badan.Aku juga kurang membaca blog.Malas adalah sebab utama.Nak buat macam mana,orang Melayu kan.Dah memang dalam darah.

Aku juga lebih banyak membincangkan hal hal di twitter.Mungkin kerana topik dan idea yang aku ada itu,tak perlu banyak huraian,jadi ia cukup untuk di tulis di twitter yang ruangnya terhad itu.Okay itu aku tipu.Aku malas nak hurai sebenarnya.

Dan sampai bila bila pun,mungkin itu masalah utama aku.Musuh utama selain Syaitan yang aku cuba tentang sampai ke hujung nyawa.Doakan aku berjaya dengan warna terbang.

1 comment: