12.29.2009

Death by numbers

Musim salji.Jalan memang licin.Nak-nak yang berair sikit.Macam lantai tandas pasar licinnya.Biasanya orang akan memandu dalam kelajuan yang rendah kalau jalan yang boleh juga dikatakan berais begini.Tapi tidak bagi Johnny.Dia selamba memandu laju.Pedal minyak ditekannya sampai ke lantai.Keretanya berdezup laju.Macam peluru zaman koboi.

Dia menuju ke bar di hujung bandar.Ingin pekena beer sebotol dua.Bersebab tujuannya ini.Nak lupakan perkara siang tadi.Benda yang lepas memang lepas,tapi lekat dalam ingatan.Jadi alkohol sajalah pengubatnya.Terus dia pesan tiga botol beer Corona.Kalau boleh,dia mahu terus pesan 10 botol."Perlahan-lahan",katanya dalam hati.

Waktu siangnya; "Sayang,hari ni I tak masak.You lunch sendiri dekat luar saja la ya?" Kata-kata isteri Johnny,Vixen yang membuatkan dia sangsi lagi was-was.Nyamuk terbang di tepi telinga,tambah membuatkan dia runsing.Tidak pernah-pernah isteri kesayangannya itu tidak masak dan menyuruhnya makan di luar seorang diri.Biasanya isterinya akan turut serta.Dia malas mahu bertanya banyak,hanya mengiakan saja.Lagipun sewaktu Vixen menalipon Johnny,dia sedang memerut di tandas opis.Tapi dalam hati tetap sangsi."Aku kena selidik ni",kata Johnny,berbisik pada semut yang lalu lalang di dinding tandas.

Lagi 5 minit waktu makan tengah hari.Tapi Johnny sudah tidak sabar mahu pulang dan selidik apa yang sebenarnya terjadi di rumah.Dia meluncurkan keretanya selaju yang mungkin.Sampai di rumahnya,dia sudah tidak sedap hati.Ada sebiji kereta yang tidak dikenalinya di halaman rumahnya.Dia masuk ke dalam rumahnya perlahan-lahan sambil tangannya mencapai senapang patah buatan Russia yang dibeli dari pasaran gelap.Dia mengisi peluru dengan penuh rakus.Marahnya menggelodak ibarat todak melanggar Singapura.Dia bernekad,siapa saja yang menyentuh isterinya,dia akan kasi peluru tabur di dada kiri dan sekali beduk di perut menggunakan senapang.

Dia membuka pintu biliknya.Alangkah dia terkejut apabila ada lelaki berbadan sasa sedang mendayung isterinya.Dia berasa sangat marah dan menghalakan senapang ke arah lelaki tersebut.Dengan kemaluan masih berkondom,lelaki itu menitiskan air mata jantan ketakutan walaupun berbadan steady seperti Malik Mydin.Tanpa kata dua,Johnny menarik picu dan tembakan dilepaskan.Lelaki sasa rebah kesakitan,tetapi lelaki itu tidak berdarah.Johnny pelik,lalu dia pergi lihat apa terjadi dengan pelurunya.Rupanya,dia salah masukkan peluru dan menyumbat bateri AA ke dalam senapang itu.Lelaki sasa itu tadi,yang sebenarnya jatuh olok-olok,bangun semula dan membedok Johnny menggunakan tangannya yang sebesar batu sungai dan melarikan diri.

Johnny marah akan isterinya kerana curang,tetapi lebih marah kepada diri sendiri kerana tak dapat membunuh lelaki yang merosakkan rumah tangganya dan menyebut asta la vista bebeh selepas membunuhnya.Johnny rasa terhina.Dia tak sangka yang dia akan dipermainkan oleh isterinya.Malam itu,selepas menghabiskan 18 botol beer Corona,dalam keadaan mabuk,Johnny memandu pulang.Tiba di satu gaung,keretanya hilang kawalan dan terjunam ke arah sebuah khemah yang ada di bawah gaung itu.

Johnny mati katak.Dan tanpa dia sedari,dia telah membunuh lelaki sasa,yang sedang seronok membaca Playboy menggunakan lampu minyak di dalam khemah di bawah gaung.

1 comment: