Sungguh-sungguh dia cuba nak menyambut batang besi yang dilempar oleh aku sebentar tadi.Tapi,baru saja dia mahu memegang besi itu,dia lepaskan dek kerana luka yang besar di tapak tangannya.Takut dia mahu pegang besi karat itu.Bakal dapat kancing gigi katanya.Lebih baik dia lepaskan dan bermain dengan bahan yang menyebabkan luka ditangannya itu.Iaitu batu.Bukan batu biasa.Tapi batu dari dunia Popanusis.Dunianya sendiri,ciptaanya.Batu Popanusis tak sebabkan kancing gigi,dia beritahu aku.Lantas dengan tenang,aku bawa dia ke tasik.Aku bawa bersama besi karat dan batu Popanusis itu.
Sampai di tasik,aku lepaskan kedua-dua benda tadi ke dalam tasik itu,lalu tenggelamlah besi karat dan batu Popanusis itu.Aku terangkan pada dia,tujuan aku buat begitu."Benda ini mana boleh manipulasikan kita.Ia cuma benda.Kita rendam pun dia sudah tenggelam.Mana mungkin dia jadi masalah antara kita."
1.15.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Batu Popanusis khayalan Syamil Amri haha
ReplyDelete